hanya kamu didadaku

Monday, April 19, 2010

PESANAN RASULULLAH KEPADA KAUM HAWA

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

BUATMU TERISTIMEWA

Andai kau tiada,
Pasti hidupku tak sempurna,
Walau egoku cuba dipertahankan,
namun tak mampu ku lawan Aku harus mengaku,
Aku takkan hidup tanpamu wanita.

Hadirmu membawa sejuta erti,
Buat manusia bergelar lelaki.

Malah,

Adam mengakui,
Keindahan syurga tiada seri,
Tanpa kehadiran seorang isteri,
Dan keranamu Hawa,
Aku bernafas di atas dunia.

Bermula dari kehidupan di syurga,
Kau buat diriku merasa bahagia,
Tak sanggup ku berpisah dengannya,
Walau untuk hidup di dunia.

Biarlah mataku buta,
Daripada melihat akan kehilangannya,
Andai aku kejam padamu,
Maafkanlah aku,
Aku tak sanggup menyakitimu.

Namun harus ku tahu,
Aku tak mahu bertemankan nafsu,
Lantas kau menjadi mangsaku.

Sesaat aku terkaku,
Lantas ku sedar akan kedudukanku,
Yang tak pantas buatmu,
Harus aku membimbingmu,
Agar dapat ku angkat darjatmu.

Namun aku masih belum mampu,
Menjadi yang terbaik buatmu wanita.

Andai aku melindungimu,
Maka terpeliharalah hidupmu.

Namun,
Sekiranya aku memperjudikan dirimu,
Nescaya celakalah duniamu.

Kau punya hati nurani,
Yang tak mampu ku bohongi,
Mahumu hanya pada cinta,
Yang takkan membuatmu binasa.

Janganlah kau dikaburi cinta,
Dari sang lelaki durjana,
Ku tuliskan isi hati,
Dari nurani sang lelaki.

Dan aku,
Aku akan berjanji,
Akan memimpinmu di suatu hari,
Menemui cinta hakiki,
Percayalah pada diri,
Kerana kau teristimewa di hati ini.

Siapalah aku seorang lelaki,
Tanpa kau di dunia ini.



cantikwanita kerana kejernihan wajah..indah wanita kerana senyuman yang indahayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah..hebat wanita kerana keimanan yang teguh...

Sunday, April 18, 2010

tiada kecantikan bagi seorang wanita,tiada pula keindahan,harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada ALLAH S.W.T.apabila dirinya tegak di jalan ini maka dialah wanita yang mendapat petumjuk,di terima amanya dan menjadi wanita pilihan di sisi RABBLNYA..
Namun jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap tuhannya,mengingkari agama dan melepaskan tuntutannya maka dialah cermin kepada wanita murahan,hina dan terbuang.
pada saat itu sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang walau berkalung gugusan bintang,miski bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di kening nya..

wahai sekalian wanita muslimab yang jujur dan wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada ALLAH,jadikan dirimu seperti pohon kurma,jauh dari keburukan,menjulang tinggi dari sifat mengangau.dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya,tetap hijau di musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara rendah.ucapan mu adalah zikir,pandangan mu adalah ibrah dan diammu adalah berfikir.

pesanku jadilah wanita yang bermaruah,yang punya kedudukan tinggi disisi tuhanNYA.di mana nama nya sentiasa di sebut-sebut dalam kalangan para malaikat dan berjaya memperoleh cinta teragung iaitu cinta YA RABB LANTAS MENJADI WANITA YANG PALING BAHAGIA DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAH...